Blogger Widgets

Monday, 15 October 2012

Apakah Sekolah yang Selamat?   
Sekolah selamat adalah satu fenomena yang agak baru dalam konteks pendidikan di Malaysia. Sekolah selamat ditakrifkan sebagai tempat yang tersusun dan bertujuan di mana pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah adalah bebas untuk belajar dan pengajaran berlaku secara bebas tanpa apa-apa gangguan secara fizikal ataupun secara psikologi. Dengan perkataan lain, sekolah selamat merujuk kepada kepercayaan bahawa semua pelajar di sekolah mempunyai peluang untuk belajar di dalam sebuah persekitaran yang selamat, kondusif kepadma proses pembelajaran dan bebas daripada sebarang gangguan.  

Sesebuah sekolah dikatakan selamat sekiranya ia mempunyai ciri-ciri berikut :  
mempunyai sensitiviti dan rasa hormat kepada semua individu  
persekitaran yang tidak mengalami sebarang gangguan  
tingkahlaku pelajarnya dapat dijangkakan dengan jelas 
,   dasar disiplin adalah konsisten dan ditadbirkan dengan adil 
,   pelajarnya mempunyai rasa terikat atau menyayangi sekolah 
,   tingkah laku yang positif mendapat sokongan dan pengiktirafan pihak sekolah 
,   prosedur-prosedur tentang keselamatan sekolah adalah proaktif 
,   warga sekolah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah 
,   rancangan respon terhadap kecemasan adalah mantap 
,   penyenggaraan sekolah menepati masa 
,   aspek kebersihan menjadi amalan 
,   rupa bentuk sekolah dan bilik kelasnya adalah cantik 

Sunday, 14 October 2012

Ciri pelajar yang cemerlang


ciri pelajar yang cemerlang

1.Optimistik
2.Jangan bersikap pesimistik
3.Kesedaran memikul tanggungjawab
4.Tumpuan sepenuh hati
5.Mulakan dari awal
6.Sentiasa bersedia
7.Lengkapkan peralatan pelajaran
8.Tepati waktu belajar
9.Dapatkan bantuan guru
10.Hormati guru
11.Bersoal jawab dengan guru
12.Beri pandangan membina
13.Berbncang dengan rakan
14.Siapkan tugasan yang diberi
15.Tubuhkan kumpulan study
16.Sering ke perpustakaan
17.Baca akhbar yg berfaedah
18.Menonton rangcangan yang sesuai
19.Lakukan peperiksaan kendiri
20.Sediakan jadual waktu
21.Sertai ceramah motivasi
22.Sertai seminar peperiksaan
23.Beli buku rujukan

24.Masuk kelas tuisyen

25.Lawatan ke pameran buku
26.Sertai kokurikulum sekolah
27.Sanggup manghadapi cabaran
28.Jaga keselamatan diri
29.Jaga kesihatan fizikal
30.Makan makanan seimbang
31.Tdk malu utk bertanya
32.Sembahyang
33.Sentiasa berdoa&Bertawakal